Sunday, 31 January 2016

Surah15 (81~90)

Al-Aijr, dari ayat 81~90; 


81. Dan kami telah beri kepada mereka tanda-tanda kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.

82. Dan adalah mereka itu membuat rumah-rumah dari batu gunung dengan aman.

83. Lalu azab mengenai mereka waktu pagi-pagi.

84. Maka tidak boleh menolong akan mereka, apa yang mereka telah usahakan.

85. Dan tidak kami jadikan langit-langit dan bumi dan apa yang ada diantara dua-dua nya itu, melainkan dengan kebenaran, dan sesungguhnya saat itu akan datang, lantaran itu, maafkan lah dengan cara yang bagus.

86. Sesungguhnya  Tuhan mu, ialah yang sangat kuasa menjadikan, yang amat mengetahui.

87. Dan sesungguhnya kami telah beri kepada mu tujuh daripada yang diulang-ulang dan Quran yang besar.

88. Jangan lah engkau panjangkan dua mata mu kepada nikmat yang kami berikan dia kepada beberapa golongan dari antara mereka, dan jangan lah engkau berdukacita tentang mereka, dan rendahkan lah sayap mu terhadap mukmin.

89. Dan katakan lah; “sesungguhnya aku ini ialah pengancam yang terang”.

90. Sebagai mana kami telah turunkan seksa atas mereka yang membahagi-bahagi.


Following Twitter, [] https://twitter.com/MalamNuzul/status/693740555268808706


.

No comments:

Post a Comment